Pencapaian UPSR 2009 Meningkat

Pencapaian UPSR 2009 Meningkat

Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding dengan tahun lepas.

Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini. Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus.

Di Kuala Lumpur, seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) memperoleh 5A dan 7A.

Di Terengganu, 3,664 daripada 23,944 calon yang mengambil ujian itu memperoleh semua A.

Di Kelantan, sebanyak 5,259 atau 14.31 peratus daripada 25,369 calon UPSR mendapat 5A dan 7A, iaitu peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Di Perlis, sebanyak 439 atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon UPSR di negeri ini mencatat pencapaian cemerlang dengan memperolehi 5A dan 7A.

Di Negeri Sembilan, seramai 2,343 calon mendapat keputusan penuh 5A atau 7A dan berada di kalangan negeri yang terbaik dalam pencapaian UPSR kali ini.

Di Johor, 6,283 calon atau 10.13 peratus daripada 62,401 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran.

Di Kedah, peratusan calon yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran UPSR meningkat kepada 9.36 peratus (3,742 calon) berbanding dengan 8.69 peratus (3,482 calon) pada tahun lepas.

Di Pulau Pinang, jumlah calon yang lulus gred A bagi semua subjek ialah sebanyak 3,177 manakala dua sekolah yang berjaya mencatatkan lulus 100 peratus ialah Sekolah Model Khas Tok Jaya di Butterworth dan SJKC Kuang Yu di Kepala Batas. Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang muncul sekolah terbaik di negeri ini dengan 70 pelajar mendapat 5A.

Di Melaka, seramai 1,411 calon (9.29 peratus) mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A/7A).

Di Sabah, sebanyak 9ll calon merekodkan pencapaian cemerlang gred 5A bagi semua subjek yang mencatatkan penurunan berbanding 995 calon pada tahun lepas.

(Sumber : BERNAMA)

* * * * Untuk Post Baru dan Informasi Terkini, Sila Klik :

http://www.bumigemilang.com/

******************************************************


This entry was posted in UPSR and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s